Langsung ke konten utama

HEBOH .... Bayi Bermata di Dahi , Ibu Dipercayai Terdedah Radisi



 Sepasukan doktor di sebuah hospital di sini, gempar selepas seorang ibu baru-baru ini melahirkan bayi lelaki yang mempunyai hanya satu mata di dahi.
Daily Mail melaporkan, ke­adaan itu berlaku disebabkan ibu bayi berkenaan terdedah kepada radiasi dan doktor meramalkan jangka hayat bayi itu tidak lama.
Selain hanya mempunyai satu mata, bayi tersebut yang lahir di sebuah hospital swasta di El Senbellawein, timur laut Mesir juga tidak mempunyai hidung serta lemah jantung.
Menurut portal tersebut, bayi tersebut menderita sejenis penya­kit luar biasa di panggil ‘cylopia’ yang jarang sekali berlaku dalam dunia perubatan.
Cylopia adalah sejenis penyakit digeruni kerana bahagian mata tidak tumbuh dengan sempurna, ka­dangkala hanya satu mata, ma­lah ada kes dua mata menjadi satu.
Menurut doktor yang menjaga bayi tersebut, Ahmed Badruddin, bayi malang itu tidak akan mampu hidup lama kerana sebahagian organ badannya tidak cukup sifat.
“Ini adalah penyakit kelahiran yang jarang sekali berlaku. Bayi yang dilahirkan tidak akan dapat hidup lama.
“Ibu bayi ini mungkin ter­kena radiasi atau telah mengambil ubat-ubatan yang bercampur aduk sehingga menyebabkan keadaan sebegini,” ujarnya. 

Sumber : http://m.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-bermata-di-dahi-1.144068

Postingan populer dari blog ini

Ini Motif Pemerkosaan dan Pembunuhan Eno

MISTERI MAKAM NIKE ARDILLA

'Darah Masih Mengalir Dari Jenazah Anak-Anak Tahfiz Ketika Dimandikan.'