Seorang wanita maut ketika menjalani sesi urut tradisional




Seorang wanita berusia 26 tahun meninggal dunia pada Ahad lalu ketika menjalani sesi Tui Natheraphy iaitu sejenis urutan terapeutik Cina, di Singapura.

Menurut akhbar Lianhe Wanbao, Serene Lim Xinhui telah melawat sebuah klinik yang terletak di sepanjang Orchard Road selepas membeli-belah di kawasan tersebut. 

Bisnis Forex : Cara Belajar Forex Menggunakan Strategi Scalping


Semasa menjalani terapi Tui Na, Serene tiba-tiba mengalami sawan sebelum beralih ke keadaan koma.
Terkejut dengan keadaan Serene, seorang pakar urut dengan segera menghubungi Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) untuk bantuan.

SCDF kemudian menghantar ambulan ke tempat kejadian untuk membawa mangsa ke Hospital Tan Tock Seng.

Bagaimanapun, Serene disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 8.50 malam ketika menerima rawatan kecemasan.

Menurut ibunya, mereka menerima panggilan daripada pihak hospital pada kira-kira jam 8 malam, serta dimaklumkan bahawa Serene sedang menerima rawatan kecemasan.

USDJPY Gagal Lanjutkan Bullish, Sell di Bawah 111.950


Menurut pakar urut di klinik tersebut, ini merupakan kali pertama Serene mendapatkan urutan tradisional itu. 

Pihak polis berkata punca kematian masih belum dikenal pasti dan masih menunggu laporan bedah siasat.


Sumber : http://www.astroawani.com/berita-dunia/seorang-wanita-maut-ketika-menjalani-sesi-urut-tradisional-9497

Postingan populer dari blog ini

Ini Motif Pemerkosaan dan Pembunuhan Eno

MISTERI MAKAM NIKE ARDILLA

Naga Emas Tiba - Tiba Muncul Dari Kedalaman Sungai