'Kerana perempuan itu, dia sanggup panggil saya lahanat' - Isteri dedah dirinya jadi mangsa keganasan rumah tangga

Rumah tangga baru berusia lima bulan (jika dikira mengikut bulan), namun di awal perkahwinan lagi si isteri telah dipukul. Seperti yang diceritakan oleh Siti Fatima di Facebooknya, dia bukan sahaja menjadi mangsa keganasan rumah tangga, malah lelaki itu sudah menduakannya.
Lebih teruk lagi, ‘orang ketiga’ itu dengan berani meletakkan nama suami Siti Fatima di akaun media sosialnya, malah berani menghubungi Siti Fatima yang memintanya ‘move on’.
Ya, baru sangat mendirikan rumah tangga tahun ini. Di pertengahan bulan Mac, majlis itu berlangsung. Sepanjang tempoh berkahwin pun, selepas pulang dari berbulan madu di Langkawi, dah kena. Tetapi masa itu tak seteruk keadaan ini.
Hari demi hari, semakin teruk layanan yang diberi. Kami kenal selama tiga tahun tetapi siapa tahu? Masa masuk meminang, dia tiada satu pekerjaan tetap pun. Tetapi keluarga jenis yang tidak memilih, jadi perancangan perkahwinan diteruskan.
Kalau nak dibandingkan, boleh saja kalau nak cari yang jauh lebih baik dari dia. Ada saja ‘orang’ masa itu tetapi saya ingat saya berkawan dengan orang dan bakal bertunang, jadi saya abaikan saja semua pilihan yang lain, yang ada kerja tetap dan yang jauh lebih baik dari dia.
Bertunang pun bertahun. Masa itu arwah abah masih ada. Saya ingatkan penantian akan berakhir dengan kegembiraan, rupa-rupanya saya tersilap, malah tersilap menilai lelaki itu.
Selama ini saya yang menjadi tulang belakangnya dari saat dia susah sehinggalah sekarang. Masa awal-awal dulu, dia hanya ada motosikal buruk tetapi saya tidak memilih. Malangnya kebaikkan saya dibalas pula dengan kekejian.
Sepanjang perkahwinan kami, saya tidak pernah makan satu sen pun duit dari dia. Semua perkara yang saya lakukan adalah menggunakan duit saya sendiri. Dalam tempoh bertunang dulu pun dia dah buat bermacam-macam hal. Saya tahu mengenainya tetapi saya pendamkan saja dalam hati.
Saya yang terpaksa menanggung kos belanja perkahwinan kami kerana pada saat-saat akhir dia boleh kata yang dia tiada duit nak dibawa. Tetapi kami tutup aib mereka. Sedangkan kambing, ikan di pasar pun kena beli menggunakan duit, inikan perkara penting seperti ini tidak diambil serius?
Duit belanja kahwin yang dipinjamkan dulu, kata nak bayar selepas kahwin, tetapi sampai ke hari ini tiada satu sen pun yang dibayar. Barang hantaran kedua-dua belah pihak, saya yang terpaksa tanggung seorang diri sehingga saya kehabisan beribu-ribu ringgit. Tetapi apa balasan yang saya dapat? Dihina! Tak apa.
Bertepuk sebelah tengan takkan berbunyi kalau si perempuan itu miang, tetapi si lelaki tidak melayan takkan menjadi juga, kan? Tetapi ini tidak, sampai hal dalam kelambu pun diceritakan kepada perempuan itu. Mana saya nak letak maruah seorang isteri? Mana?
Disebabkan itulah saya memilih untuk meninggalkan dia agar dia dapat bersama perempuan itu. Cuma saya berharap dia dapat membayar saya seperti apa yang dia telah janjikan. Jelaskan segala hutang dia pada saya.
Dia bernasib baik lagi kerana saya masih boleh menahan sabar. Ikutkan hati, saya boleh dedahkan nama perempuan itu dan akaun media sosialnya.
Kepada si lelaki, di akhirat nanti kita pasti akan bertemu sebab akan disoal tentang akad yang pernah dijanji. Saya doakan semoga awak bahagia dengan apa yang awak telah telah ambil dan menganiaya saya.
Sebulan saya ditinggalkan tanpa sebarang berita. Tetapi dia sedap-sedap berseronok dengan perempuan itu. Si perempuan dengan berani letak nama lelaki itu di akaun media sosialnya.
Sumber : http://beritasogood.com/kerana-perempuan-itu-dia-sanggup-panggil-saya-lahanat-isteri-dedah-dirinya-jadi-mangsa-keganasan-rumah-tangga/